Lihat jenis komisen dan ganjaran prestasi yang ditawarkan oleh program Rakan Kongsi kami!
Peroleh komisen untuk setiap bakal pelanggan yang anda hantar kepada FXGlobe dengan program anggota gabungan CPL (kos setiap bakal pelanggan) kami.
Program ini sesuai untuk pentadbir web, pakar SEO dan pengurus pemasaran yang boleh menghantar volum trafik disasarkan yang lebih tinggi. Potensi pendapatan adalah tidak terhad!
Kos Setiap Tindakan (CPA) ialah struktur komisen yang kami membayar anda atas tindakan tertentu yang dilakukan oleh pengguna seperti mendaftarkan akaun dagangan atau menghubungi kami menerusi telefon. Model pasaran anggota gabungan amat sesuai untuk rakan kongsi yang ingin mengadunkan iklan secara lancar ke dalam tapak web mereka. Ini bermaksud yang anda boleh memasukkan pautan menurut konteks atau mengintegrasikannya ke dalam rekaan tapak anda. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak ingin menggunakan sepanduk iklan, ini ialah pilihan yang baik.
Model komisen rebat kami membolehkan anda mendapatkan bayaran balik bagi sebahagian dari spread atau komisen yang anda sudah bayar untuk dagangan anda dengan FXGlobe. Kami membayar rebat untuk kedua-dua syarat perdagangan agar anda boleh meningkatkan keuntungan anda atau mengurangkan kerugian anda. Jumlah rebat yang anda peroleh bergantung pada instrumen yang anda dagangkan dan volum serta jumlah transaksi. Rebat boleh dikira dengan menggunakan jumlah pip, peratusan komisen atau dengan USD bagi setiap lot.
Dengan model perkongsian hasil yang juga dikenali sebagai perkongsian spread, anda akan mendapat bayaran sejumlah peratusan hasil yang diperoleh oleh FXGlobe daripada pedagang yang anda hantar kepada kami. Ini termasuk perkongsian keuntungan, kerugian dan pembelian klien aktif yang anda rujuk kepada kami. Manfaat utama model ini ialah potensi untuk mengaut keuntungan jangka panjang—kami akan terus membayar anda asalkan klien anda masih aktif berdagang. Oleh sebab struktur ini memfokuskan kejayaan bersama dan sedang berjalan, anda boleh terus mengaut keuntungan secara jangka panjang pada masa depan.
Jika anda sudah bersedia untuk mewakili FXGlobe dan memperkenalkan rangkaian anda kepada kami, kami mengalu-alukan anda untuk meneliti perjanjian yang kita akan tandatangan bersama-sama. Sila baca Terma, Perjanjian Rakan Kongsi dan dokumen perundangan am. Jika kami telah menjawab semua persoalan anda, mari kita mula bekerjasama! Sediakan akaun rakan kongsi anda dan jadualkan panggilan dengan pasukan kami untuk memahami langkah anda yang seterusnya.
Kami memahami bahawa sebahagian orang sedang mencari jenis kerjasama yang berlainan, iaitu sesuatu yang disesuaikan secara unik mengikut model perniagaan mereka. Jika anda merasakan terdapat asas untuk kerjasama jangka panjang yang boleh dipercayai antara kita, sila hubungi kami untuk membincang tentangnya.
Sejak tahun 2008, kami sudah membantu orang ramai melabur dan berdagang dalam pasaran kewangan. Kami memperkasakan ahli komuniti kami sepanjang perjalanan perdagangan mereka dengan memperkukuhkan pengalaman mereka, membina pengalaman mereka dan menginspirasikan rasa mengembara mereka. Matlamat kami? Untuk menyampaikan pendidikan berkelas dunia, sokongan proaktif dan persekitaran perdagangan yang kondusif kepada rangkaian global yang berkepelbagaian kami.
FS International Limited dengan nombor pendaftaran 700227 ialah syarikat liabiliti terhad yang berdaftar di 1276, Govant Building, Kumul Highway, Port Vila, dan diberikan lesen oleh VFSC Republik Vanuatu. FXGLOBE Int. ialah nama dagangan yang dibenarkan untuk guna oleh FS International Limited.
Perkhidmatan yang dipaparkan pada laman web ini disediakan oleh FS International dan bukannya anggota gabungan atau entiti kumpulan yang lain. Akaun anda adalah di bawah bidang kuasa Vanuatu dan bukannya Eropah. Oleh itu, hak perlindungan pelabur, terma perdagangan, had dan peraturan yang berbeza dikenakan pada akaun perdagangan anda.
FS international Ltd tidak diberikan lesen sama ada oleh JFSA dan/atau daripada mana-mana pegawai penyeliaan Eropah; Jadi, syarikat ini tidak terlibat dalam mana-mana akta yang dianggap menawarkan produk kewangan dan permintaan untuk perkhidmatan kewangan kepada Jepun atau di negeri anggota Kesatuan Eropah. Tapak web ini dan kandungannya tidak menyasarkan penduduk Jepun dan/atau Kesatuan Eropah.
Tapak web www.fxglobe.io dimiliki dan dikendalikan oleh FS International Limited bertempat di Govant Building, Kumul Highway, Port Vila.
Maklumat pada tapak web ini hanya boleh disalin dengan kebenaran bertulis yang kami nyatakan sendiri.
Amaran Risiko Umum: Produk berleveraj perdagangan seperti Forex dan CFD membawakan tahap risiko yang tinggi, maka ia tidak sesuai untuk semua pelabur. Nilai pelaburan boleh meningkat dan/atau menurun dan pelabur mungkin kehilangan semua modal yang dilaburkan. Kandungan laman web ini tidak membentukkan nasihat kewangan atau pelaburan. Sebarang maklumat di dalam sini adalah bersifat umum dan tidak mengambil kira keadaan peribadi, pengalaman pelaburan atau situasi kewangan semasa anda. Dalam apa jua keadaan Syarikat ini atau Syarikat tergabung tidak memegang sebarang liabiliti terhadap mana-mana orang atau entiti atas sebarang kerugian atau kerosakan secara penuh atau sebahagian yang disebabkan oleh atau berkaitan dengan sebarang urus niaga yang berkeaan dengan produk berleveraj.
Hubungi Kami +44-2045427667, info@fxglobe.io
Laman web ini tidak ditujukan kepada penduduk EU dan berada di luar rangka kerja kawal selia Eropah dan MiFID II.
Sila pilih di bawah jika anda ingin meneruskan ke tapak web EU kami.
Please share your location to continue.
Check our help guide for more info.