Komuniti

Garis panduan komuniti.

Komuniti FXGlobe ibarat sekumpulan pengembara yang sedang menerokai muka bumi berceranggah bersama-sama. Di masa-masa bantuan diperlukan, mereka akan menawarkan panduan, nasihat dan pertolongan.

Mengapakah komuniti kami wujud?

Perdagangan Forex mungkin sunyi sepi, namun FXGlobe menghubungkan pedagang dari seluruh dunia. Berkongsi sesuatu pengembaraan dengan seseorang itu sentiasa lebih baik daripada mengharungi seorang diri.

Keperluan pengembaraan.

Berfikiran terbuka
Anda boleh menyembuhkan kebantutan pedagang dengan diperkasakan oleh orang lain. Sentiasa terbuka dan saling memahami.

Jadi inspirasi kepada orang lain
Cerapan yang anda berikan boleh memanfaatkan orang dari seluruh dunia. Jadi seorang yang menggalakkan dan positif!

Jangan segan bertanya
Sifat ingin tahu anda akan menjadikan anda seorang pedagang yang lebih baik. Tanyakan soalan dan kebimbangan anda di luar sana.

Sekatan pengembaraan.

Kecaman terbuka
Bahasa kesat, gangguan dan percakapan bersifat diskriminasi, hinaan dan menyakitkan hati adalah tidak dibenarkan.

Perkongsian maklumat peribadi anda
Beritahu kami mengenai kemenangan, kerugian dan hasil pempelajaran anda. Namun begitu, jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi anda.

Jangan bersifat biadap
Tidak perlu berpanjang lebar. Tunjukkan sedikit rasa H.O.R.M.A.T dan layani orang lain sebagaimana anda ingin dilayani.

Bagaimanakah anda boleh menjadi ahli komuniti?

Masa anda berharga, jadi kami telah memudahkan segala-galanya untuk anda bermula. Anda cuma perlu mendaftar untuk akaun FXGlobe percuma untuk menjadi ahli komuniti kami. Anda tidak perlu mendeposit sebarang dana dan kami tidak akan meminta sebarang komitmen perdagangan.

Manfaat ahli komuniti.

Masa anda berharga, jadi kami telah memudahkan segala-galanya untuk anda bermula. Anda cuma perlu mendaftar untuk akaun FXGlobe percuma untuk menjadi ahli komuniti kami. Anda tidak perlu mendeposit sebarang dana dan kami tidak akan meminta sebarang komitmen perdagangan.

Manfaat untuk ahli sahaja.

Sertai komuniti kami untuk mengakses kandungan, alat, sumber eksklusif dan banyak lagi manfaat lain yang hebat.

Pendidikan dan latihan
Pangkalan pengetahuan kami yang lengkap mengandungi tutorial video, webinar, buku elektronik dan kursus pakar untuk semua tahap pengetahuan.

Platform komuniti
Berinteraksi dengan pedagang lain merentasi semua saluran sosial utama untuk bertukar petua, membincangkan strategi dan kekal peka dengan perkembangan semasa.

Kejohanan dan acara
Bersiap sedia untuk bermain! Kami akan mengadakan kejohanan dan acara langsung, dalam talian dan tempatan seperti audio siar, liputan NFP dan pertandingan sukan.

Hadiah dan ganjaran
Sertai promosi tetap untuk berpeluang memenangi barang dagangan FXGlobe dan ganjaran lain yang menarik.

Hak untuk keterangkuman
Apabila anda menjadi sebahagian daripada komuniti kami, anda sedang menyertai sebuah keluarga pedagang dari seluruh dunia yang penuh kepelbagaian, berbakat dan tidak lokek memberikan sokongan.

Sumbangan ahli komuniti.

Ini ialah peluang untuk anda mencipta, bukan sekadar mengguna.

Adakah anda pedagang baharu?
Jika begitu, anda mesti meingingati cara membuat langkah pertama anda di belantara perdagangan. Beritahu cerita anda dan ulas mengenai pengalaman anda untuk membantu ahli komuniti yang lain meredah perjalanan mereka.

Adakah anda pedagang yang berpengalaman?
Beritahu perspektif unik anda kepada orang lain dan kongsi jatuh bangun terbesar anda. Ini akan membantu pedagang baharu belajar, mengelakkan kesilapan yang sama dan mencapai kemajuan dengan lebih cepat.

Terima kasih kerana melawat fxglobe.io

Laman web ini tidak ditujukan kepada penduduk EU dan berada di luar rangka kerja kawal selia Eropah dan MiFID II.

Sila pilih di bawah jika anda ingin meneruskan ke tapak web EU kami.